Powered By Blogger

Thursday, January 27, 2011

Music - Indie - Gig !


Muzik memang banyak cabang genre ... Ada rock , balada , pop , techno , emo , punk dan banyak lagi ... Sememangnya tiap orang ada pilihan yang tersendiri .. Bagi aku , aku dengar semuanya ... Tak kisah la , lagu Spider ke , lagu Tomok ke , lagu Elyana ke , lagu Meet Uncle Hussain ke , ataupun lagu Pink Floyd ... Bagi aku setiap lagu mempunyai keistimewaan yang tersendiri , walaupun kadang-kadang ada pihak ingin mengambil jalan mudah dengan menciplak lagu orang lain .. Aku lebih cenderung untuk memilih genre Independent atau bebas tuntutan genre .. Semua ni pun atas pengaruh kuat oleh pakcik aku yang mana dia adalah gitaris band Laila's Lounge ... Dari situ aku lebih minat dengan hasil karya pemuzik independen ni sebab muzik diorang ni lebih berwarna dan lirik diorang lebih santai dan menarik ... karya Laila's Lounge juga merupakan antara yang terbaik yang pernah aku dengar .. dari susun atur muzik yang banyak bereksperimen dengan pelbagai elemen .. lirik dia , tak payah nak diragui sebab penulis lirik nya yang merupakan vokalis band tu , memang penuh ayat-ayat puitis dalam diri nya ... yang menariknya , dia tak tulis lirik yang punyai cerita yang sama , malah dia variasikan tulisan dia supaya setiap lagu ada karektornya sendiri
*Laila's Lounge*

tapi sekarang Laila's Lounge dah pun dibubarkan dan semua kini hanya tinggal kenangan .. aku menyesal sebab tak follow Laila's Lounge ni dari awal .. aku tak dapat lagi nak tengok Hadi Jaafar nyanyi dengan style Thom Yorke dia tu .. rindu wehh ! Nasib baik aku sempat pergi satu gig diorang kat City Plaza JB , yang mana tu lah gig last diorang as a group .. Aku akan simpan moment-moment tu sebagai antara kenangan yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila .

Tuesday, January 25, 2011

Malam yang sejuk dan penuh syahdu .

Wah .. Kenapa tajuk aku macam tu .. Yelah , sebab tengah hujan kat sini masa aku menaip ni ... Yang part syahdu tu saja tambah bagi dramatik .. Keh ,keh ,keh ... malang la siapa yang baca sebab kena tipu (ada ke yang baca ?) .. terperangkap dengan tajuk aku ... hahaha . sebenarnya aku tak ada topik nak dipostkan ni .. saja je bikin gempak ... kahkahkah . okaylah , aku nak tido dulu , bantal dengan katil dah panggil aku tu .. kalau aku tak datang nanti merajuk pulak diorang , atas apa pulak aku nak tido nanti .. okay , chow ! :D


*night awak , sorry sebab tido lambat sikit*

Monday, January 24, 2011

Hari Baru , Semangat Baru .


Memang aku tak nafikan semenjak aku terjumpa balik seorang budak ni selepas terpisah beberapa tahun , aku semakin bersemangat untuk menempuh hari yang baru .. Dia bagaikan bagi aku kekuatan dalaman yang aku sendiri tak tahu macam mana ... Sedikit sebanyak , ia dapat buatkan aku lupa pasal peristiwa aku dikhianati seorang manusia yang bernama perempuan .. Lepas peristiwa tu aku macam tak boleh nak terima kehadiran insan yang bernama perempuan .. Namun , disebalik kekecewaan itu datanglah dia bagaikan dijemput-jemput ... Bak kata pepatah orang yang mengantuk disorongkan bantal .. Dia bawakan sinar keceriaan dan kegembiraan .. Aku mampu tersenyum lebar kembali .. Nak tahu siapa ? Jeng-jeng-jeng ..
nama dia Aida Syahira ... look at those smile ... menarik bukan ? hehe .. kita memang dah lama berkawan ... dari darjah 5 sampai sekarang .. kalau nak diikutkan dah 6 tahun friendship kita , tapi lepas darjah 6 aku lost contact dengan dia disebabkan aku dengan keluarga pindah ke Kluang sebab ayah aku kerja sana ... Tup-tup , tahun lepas ada orang add aku kat Facebook pakai nama aidola .. periksa punya periksa , sah .. dia ni aku kenal ni ... semenjak tu kita keep in touch sampai ke saat aku buat post ni .. terima kasih sebab hadir ketika aku dalam kegelapan malam ... (puitis seh ! haha) *aida , jangan marah .. hehe* hmmmp , itu je lah aku nak cerita untuk post kali ni .. sehingga di lain lembaran yaw !

belajar teknik dan sudut dalam seni fotografi .


Semuanya berlaku apabila aku didedahkan dengan dunia seni fotografi ni oleh pakcik aku iaitu Mohd. Zharif Bin Dato' Haji Mohd. Shah .. Masa awal-awal berjinak dalam seni ni aku tak pandai sangat teknik-teknik fotografi ni .. Main ambil je , tu pun pakai setting asal .. Takda ubah-ubah .. So , memang senang lah kan .. 2-3 tahun lepas pakcik aku mula ajar aku tentang sudut-sudut untuk ambil gambar .. Dengan sudut-sudut tertentu gambar yang diambil akan menyerlah dan akan menarik minat orang untuk melihat ... Dari situ aku mula mempertingkatkan ilmu sudut-sudut seni fotografi .. Sebagi contoh gambar atas ni ... Lepas tu dia ajar pulak setting micro untuk ambil gambar close-up .. Dia jugak ada ajar teknik blur effect yang dapat berikan hasil yang terbaik .. Memang seronok bila dapat hasilkan satu gambar yang cantik .. Ia bagi seseorang itu kepuasan yang tak terhingga .. dan berdasarkan ilmu yang aku dapat daripada seorang brother ni , sebuah gambar haruslah ada penceritaannya sendiri , di samping mementingkan aspek pencahayaan , sudut dan lain-lain .. Tapi sebenarnya tak semua gambar tu mesti ada cerita .. Aku belum ada peluang lagi nak ambil gambar kehidupan manusia lebih banyak lagi ...Koleksi aku cuma dalam kuantiti yang sedikit , tambahan pula gambar aku kebanyakannya hanyalah karya seorang amatur .. Tapi aku akan berusaha meningkatkan mutu gambar aku .. dan aku harap aku akan dapat sebuah kamera DSLR (sebuah ke ?) supaya penghasilan gambar bermutu dapat direalisasikan ..
*ni antara contoh gambar micro*

Sunday, January 23, 2011

Bermulanya lembaran baharu ..

Aku tak tahu kenapa , bila aku berborak dengan dia hati aku mesti berbunga-bunga , perasaan aku melayang-layang (haishh , nak jiwang-jiwang pulekk ) aku rasa selesa bila berborak dengan dia .. entahlah , aku sendiri tak dapat nak takrifkan rasa ni .. rasa yang kadang-kadang suka , sedih , perit , geram .. Bak kata Erra Fazira dalam filem Soal Hati , "persoalan di hati" .. Tak mampu diungkap dengan kata-kata mahupun coretan .. ehhh , entahlah sudah mengarut di sini ya ? ahahahha . nanti-nanti lah aku bagitau eh ?