Powered By Blogger

Monday, January 24, 2011

belajar teknik dan sudut dalam seni fotografi .


Semuanya berlaku apabila aku didedahkan dengan dunia seni fotografi ni oleh pakcik aku iaitu Mohd. Zharif Bin Dato' Haji Mohd. Shah .. Masa awal-awal berjinak dalam seni ni aku tak pandai sangat teknik-teknik fotografi ni .. Main ambil je , tu pun pakai setting asal .. Takda ubah-ubah .. So , memang senang lah kan .. 2-3 tahun lepas pakcik aku mula ajar aku tentang sudut-sudut untuk ambil gambar .. Dengan sudut-sudut tertentu gambar yang diambil akan menyerlah dan akan menarik minat orang untuk melihat ... Dari situ aku mula mempertingkatkan ilmu sudut-sudut seni fotografi .. Sebagi contoh gambar atas ni ... Lepas tu dia ajar pulak setting micro untuk ambil gambar close-up .. Dia jugak ada ajar teknik blur effect yang dapat berikan hasil yang terbaik .. Memang seronok bila dapat hasilkan satu gambar yang cantik .. Ia bagi seseorang itu kepuasan yang tak terhingga .. dan berdasarkan ilmu yang aku dapat daripada seorang brother ni , sebuah gambar haruslah ada penceritaannya sendiri , di samping mementingkan aspek pencahayaan , sudut dan lain-lain .. Tapi sebenarnya tak semua gambar tu mesti ada cerita .. Aku belum ada peluang lagi nak ambil gambar kehidupan manusia lebih banyak lagi ...Koleksi aku cuma dalam kuantiti yang sedikit , tambahan pula gambar aku kebanyakannya hanyalah karya seorang amatur .. Tapi aku akan berusaha meningkatkan mutu gambar aku .. dan aku harap aku akan dapat sebuah kamera DSLR (sebuah ke ?) supaya penghasilan gambar bermutu dapat direalisasikan ..
*ni antara contoh gambar micro*

No comments:

Post a Comment