Powered By Blogger
Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Monday, February 7, 2011

Berubah ?


Sejak 2 minggu lepas (31/1 - 8/2) , aku telah di duga dengan pelbagai jenis ujian dan cubaan dari-NYA .. Kemungkinan dengan itu , tahap keyakinan aku kian merundum .. Kematian Bubu , kucing aku benar-benar membuatkan hidup ku kesepian dan kosong ... selama ini , dia lah peneman aku ... bagi aku dia lah racun dan dia juga lah penawar ... setiap kali aku mempunyai masalah aku akan bermain dengannya sebagai langkah melupakan masalah yang dihadapi ... namun , di ketika ini .. mahkluk Allah yang selama ini aku anggap kan teman dunia dan akhirat telah pergi terlebih dahulu menyambut seruan Illahi ... Kehilangan nya benar-benar mengubah hari-hari ku yang ceria ... tiada lagi kedengaran dia mengiau meminta makanan , tiada lagi badannya yang berbulu sederhana meleset di kaki ku tanda ia mahu bermanja ... aku bagaikan hilang semangat untuk terus menempuh liku-liku kehidupan tanpa nya disisi ... kadang-kadang aku terfikir bahawa , adakah layanan aku terhadapnya baik ? , adakah aku terlalu berkasar dengannya ... Bubu merupakan hero dalam hati aku .... aku tidak pasti jika ada kucing lain boleh menggantikannya .. Aku akan merindui mu Bubu ... Sahabat sehidup semati aku selama-lamanya .. Semoga kita berjumpa di Akhirat nanti ...